AMCAF Dan MAFA Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

AMCAF Dan MAFA Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Dekan Perakaunan Malaysia, Association of Malay Chartered Accountant Firms (AMCAF) dan Malaysian Accounting Firms Association (MAFA) bagi mendengar pencerahan berkaitan keadaan dan landskap perakaunan semasa dari sudut sektor pendidikan tinggi negara.

Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah cabaran yang dihadapi oleh AMCAF dan MAFA dalam industri berkaitan.

Di akhir pertemuan, YB Menteri turut menyambut baik cadangan yang telah diusulkan oleh pihak AMCAF & MAFA, seterusnya akan mempertimbangkan inisiatif yang bersesuaian demi memenuhi aspirasi serta keperluan semasa industri dan negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1013
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.