Republik Ireland Intai Peluang Tingkat Kerjasama Strategik Dengan KPT

Sesudah meninjau pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah di UKM, YB Menteri telah menerima kunjung hormat TYT Niall Collins TD, Menteri Kemahiran dan Pendidikan Lanjut Republik Ireland di pejabatnya petang tadi.

TYT Collins yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia telah membincangkan peluang untuk meningkatkan kerjasama strategik kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1525
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 21:15:17.