Seramai 48 Kanak-Kanak Berkhatan Di KPT

Seramai 48 Kanak-Kanak Berkhatan Di KPT

Seramai 48 kanak-kanak lelaki meliputi anak warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan penduduk sekitar Putrajaya mengikuti program berkhatan menerusi Program Sunathon Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 siang tadi.

Program yang dianjurkan Biro Agama dan Kerohanian, Puspanita Cawangan KPT dengan Kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu membuka peluang kepada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 13 tahun itu berkhatan bersempena cuti persekolahan ketika ini.

Program pada hari ini juga mendapat komitmen, sumbangan dan sokongan Kelab Sukan dan Kebajikan KPT (Kelab KPT), Surau ‘Ibadurrahman KPT (Surau KPT), Universiti Putra Malaysia dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir dalam ucapan perasmiannya, penyertaan kali ini merupakan tertinggi sejak program seumpama ini dilancarkan pada 2022.

Seramai 70 orang petugas dan 8 bilik prosedur siap berkelengkapan peralatan berkhatan telah disediakan oleh pihak HCTM dengan kerjasama pihak HSAAS UPM.

TKSU PP turut menghargai komitmen dan sokongan yang dilakukan kedua-dua Hospital Pengajar Universiti (HPU) ini di mana ia merupakan hospital dibawah KPT. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 506
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.