Sesi Penyerahan Surat Penempatan Pemangkuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) KPT

Sesi Penyerahan Surat Penempatan Pemangkuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) KPT

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) [TKSUD], Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, hari ini berbesar hati menyempurnakan Sesi Penyerahan Surat Penempatan Pemangkuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48 dan M52 di KPT.

Urusan pemangkuan ini melibatkan seramai 22 orang PTD yang terdiri daripada dua (2) orang PTD Gred M48 ke Gred M52 dan 20 orang PTD Gred M44 ke Gred M48.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Dr. TKSU(D) mengharapkan agar semua pegawai dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk perkhidmatan awam dan negara.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT, Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1884
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.