Timbalan Menteri Adakan Lawatan Rasmi Ke JPPKK

Timbalan Menteri Adakan Lawatan Rasmi Ke JPPKK

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah JPPKK, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail serta seluruh barisan pengurusan tertinggi jabatan.

YB Timbalan Menteri diberi taklimat berkenaan peranan, hala tuju serta pencapaian JPPKK terutamanya dalam menjayakan gagasan TVET kebangsaan.

Beliau turut juga berkongsi pengalaman sewaktu menggalas jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia lalu serta usaha-usaha yang telah direncanakan dalam menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1058
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.