Timbalan Menteri Hubungan Luar Dan Pendidikan India Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Hubungan Luar Dan Pendidikan India Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Rajkumar Ranjan Singh, Timbalan Menteri Hubungan Luar dan Pendidikan India di Parlimen, Kuala Lumpur.

Pertemuan telah membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan India serta cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai pembangunan kampus cawangan Indian Institutes of Technology (IIT) di Malaysia.

Hadir sama dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); YBrs. Prof. Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMShape, UKM; dan YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 686
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.