UPNM Komited Dalam Melahirkan Graduan Tentera Dan Awam Bagi Keperluan Pertahanan Negara

UPNM Komited Dalam Melahirkan Graduan Tentera Dan Awam Bagi Keperluan Pertahanan Negara

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di pejabatnya hari ini.

Antara lain inti pati pertemuan ini adalah menyatakan hasrat UPNM yang sentiasa komited dalam melahirkan pemimpin berintelektual daripada aspek regimental ketenteraan khusus dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Selain itu, UPNM juga telah menggariskan beberapa prinsip dan dasar yang akan menjadi tunjang penghasilan mahasiswa UPNM yang berintelektual daripada aspek akademik,latihan ketenteraan, pembangunan pelajar dan perkhidmatan profesional universiti sendiri.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1058
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.