Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) Telah Menyampaikan Sumbangan Pelajar Yang Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mendapat perkhabaran mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa adik Muhammad Adni Isa, pelajar tahun ketiga, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) ketika dalam perjalanan pulang dari tempat latihan industri. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak.

Bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) telah menyampaikan sumbangan kepada ibu adik Muhammad Adni Isa dan telah diserahkan oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Turut sama hadir menziarahi adalah Prof. Ts. Dr Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPNM dan Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT.

Sama-sama kita doakan agar adik Muhammad Adni Isa diberikan kesembuhan segera dan dapat meneruskan pengajian beliau semula.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4579
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.