YB Menteri Beramah Mesra Bersama Warga Menjelang Ketibaan Ramadan

YB Menteri Beramah Mesra Bersama Warga Menjelang Ketibaan Ramadan

Bersempena kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak yang berbaki beberapa hari lagi, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengambil kesempatan meraikannya bersama warga KPT, Jabatan dan Agensi di bawahnya dalam satu Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang diadakan di sini, petang tadi.

Dalam majlis yang dihadiri hampir 2,000 warganya, YB Menteri telah berkesempatan menyempurnakan sesi penyerahan pek kurma kepada wakil Kelab Sukan dan Kebajikan KPT (KELAB KPT) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan KPT.

Di samping itu, bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang turut disambut pada hari ini, YB Menteri dalam ucapan ringkasnya, menitipkan penghargaan terhadap sumbangan serta jasa wanita yang signifikan dalam pembangunan pendidikan tinggi negara terutamanya kepada warga kerja wanita di KPT.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan TKSU Pengurusan dan Pembangunan, Mohamad Azhan Md. Amir. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 462
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.