YB Menteri Hadir Pembentangan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat

YB Menteri Hadir Pembentangan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat bagi mendengar pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen pagi tadi.

Melalui RUU tersebut Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 ringgit kepada semua penjawat awam dari Gred 11 hingga 56, Bantuan Khas Kewangan RM 700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM 350 kepada 1 juta pesara kerajaan.

Dalam pembentangan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu, Kerajaan turut bersetuju untuk meneruskan Program MySTEP bagi membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan dengan Kerajaan komited untuk menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak termasuklah 35,000 lowongan di syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dengan gaji minima RM 1500 - RM 2100.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2597
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.