YBM Hadir Mesyuarat MTVET Dipengerusikan TPM
Sesudah menerima kunjungan hormat dari Eurocham Malaysia tengah hari tadi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin terus menghadiri mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) Bil. 1/2023 di sini petang tadi.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan dihadiri oleh jemaah Menteri, ketua-ketua setiausaha, tokoh-tokoh akademik serta industri yang terlibat dalam sektor TVET negara.
MTVET merupakan badan tertinggi yang berperanan dalam menentukan halatuju TVET negara serta menyelaras dan mengawal selia peranan institusi TVET awam dan swasta dengan lebih strategik serta menyeluruh.
Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, Timbalan KSU (Dasar) KPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3727