logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB DATO’ HJ. MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI
FELDA SAHABAT 3, LAHAD DATU SABAH

19 OGOS 2023


Terima kasih saudara/i pengacara majlis,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

(SALUTASI)

  1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena Program KPT Prihatin MADANI di Felda Sahabat 3, Lahad Datu. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) kerana sudi memberi ruang dan membantu menjayakan majlis kita pagi ini.
  1. Terima kasih jua kepada pihak FELDA Wilayah Sahabat Lahad Datu di bawah pengurusan Encik Shahruddin Ab. Rahman kerana memberikan kebenaran menggunakan dewan dan kawasan FELDA sebagai tempat pelaksanaan program pada hari Begitu juga kepada Yang Berhormat Tuan Assaffal P. Allian, pegawai UPPM Tungku Lahad Datu dan pegawai Pejabat perhubungan Parlimen P.188 Lahad Datu yang banyak membantu dalam pelaksanaan program pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Kerajaan sentiasa cakna terhadap aspek kebajikan serta kesejahteraan Dalam konteks majlis pada hari ini, sudah tentu aspek kebajikan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada aspek tahap kesihatan masyarakat. Dari semasa ke semasa pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk manfaat semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Antaranya pada hari ini iaitu program KPT Prihatin MADANI yang memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat Felda Sahabat.
  1. Saya difahamkan sebanyak 11 perkhidmatan yang akan diberikan oleh Hospital UMS secara percuma. Antara perkhidmatan ini seperti pemeriksaan gigi, pemeriksaan khas wanita, Rawatan Rehabilitasi, Runding cara pemakanan, pemeriksaan mata,telinga dan tekak, pemeriksaan pakar Pediatrik, pemeriksaan tekanan darah dan pelbagai lagi perkhidmatan yang tuan/puan boleh dapati secara percuma.
  1. Selain membekalkan kemudahan kesihatan yang merangkumi peralatan saringan dan ubat-ubatan kepada individu yang memerlukan, program ini juga bertujuan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan atau rujukan lanjut untuk rawatan terperinci di hospital yang berhampiran.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Program KPT Prihatin MADANI ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi sejak tahun 2021 iaitu melaksanakan program Klinik Bergerak (mobile clinic) dan program jangkauan (Outreach) Kesihatan komuniti kepada golongan sasar terutama golongan luar bandar atau pedalaman, komuniti B40 yang jauh dari fasiliti
  1. Pelaksanaan program ini telah diberikan dan di amanahkan kepada pihak Hospital Pengajar Universiti Awam diseluruh Malaysia. Di Sabah, Hospital UMS diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Tahniah saya ucapkan kepada HUMS dan UMS kerana difahamkan sejak 2021 hingga kini telah melaksanakan disetiap daerah negeri Sabah. Tahun ni Daerah Lahad Datu menjadi salah satu destinasi pelaksanaan program KPT Prihatin MADANI. Harapan saya, agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang demi manfaat dan kesejahteraan penduduk terutama di Kawasan luar

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

  1. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari ini. Semoga dengan penganjuran program ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan masyarakat yang terlibat.

Akhir kata saya mengakhiri ucapan saya dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YBTM Sempena Program KPT Prihatin MADANI Felda Sahabat 3, Lahad Datu Sabah.pdf (278 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2927
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.