logo kpt black

TEKS UCAPTAMA

YB DATO’ HAJI MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

SEMINAR PENCEGAHAN RADIKALISME DAN EKTREMISME:
CABARAN DI KALANGAN BELIA

18 NOVEMBER 2023


Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

ALUAN

  1. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya jua kita semua dapat hadir ke Seminar Pencegahan Radikalisme dan Ektremisme: Cabaran di Kalangan Belia pada hari ini.
  1. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan kehadiran semua bagi menjadikan pelaksanaan seminar ini satu realiti. Ucapan syabas juga kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Universiti Sabah Malaysia (UMS) dan Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) kerana telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran menganjurkan seminar ini dengan jayanya.
  1. Penganjuran seminar ini adalah bagi menzahirkan komitmen dan refleksi keprihatinan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mencegah radikalisme dan ekstremisme di kalangan belia bermula dari peringkat awal teritama melibatkan pelajar-pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT).

MUKADIMAH

Hadirin yang dihormati,

  1. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengkategorikan belia adalah individu yang berumur di antara 15 sehingga 24 tahun, manakala di Malaysia mendifinisikan belia adalah individu berumur 15 sehingga 40 tahun.
  1. Belia merupakan golongan anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan tompok pemerintahan negara pada masa akan Belia bertanggungjawab memikul dan menggalas peranan tersebut. Jika dilihat dari kecenderungan belia, pelbagai isu negatif mengenai belia seringkali dicanangkan.
  1. Penglibatan belia dalam kegiatan keganasan agak membimbangkan. Radikalisme dan ekstremisme adalah kecenderungan dan aktiviti yang boleh mempengaruhi orang daripada semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah pelajar universiti dan kolej yang boleh dianggap sebagai kumpulan masyarakat yang berpengetahuan kerana memiliki ilmu pengetahuan dan tahap pendidikan yang tinggi, namun berkemungkinan terpengaruh dengan propaganda puak Oleh yang demikian, salah satu cabaran besar isu keselamatan negara adalah dalam mencegah belia daripada terlibat dengan masalah radikalisme dan ekstremisme terutamanya apabila bertindak sebagai agen pembudayaan pengganasan di kalangan belia.

MATLAMAT SEMINAR

YBhg. Dato’, Prof. Dr., Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,

  1. Seminar Pencegahan Radikalisme dan Ektremisme: Cabaran di Kalangan Belia ini merupakan yang julung kali diadakan di peringkat Kementerian. Matlamat utama seminar ini adalah sebagai satu platform pertemuan dan perkongsian pakar-pakar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan radikalisme dan ekstremisme di kalangan masyarakat dapat di kawal.
  1. Selain itu, seminar ini juga memberi peluang dan menyediakan platform perkongsian pengalaman daripada pakar-pakar dalam menangani isu berkaitan radikalisme dan ekstremisme di kalangan belia. Perkongsian ini saya percaya amat penting serta kritikal kepada semua belia terutama yang hadir di dalam seminar ini dalam usaha mencegah kegiatan yang tidak bermoral di kalangan masyarakat dan memastikan pendedahan berhubung perkara ini diberikan dengan lebih awal.
  1. ‘Ekstremisme’ ialah fahaman, perbuatan dan sikap yang ekstrem, fanatik, taksub, ganas, radikal, melampau dan Ekstremisme merujuk kepada perbuatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepercayaan, perbuatan, sikap, tindakan dan perasaan individu yang melepasi garis kebiasaan.
  1. ‘Radikal’ pula bermaksud bahawa berfikir secara radikal dan pemahaman yang menginginkan pembaharuan dan perubahan secara drastik di dalam sesebuah sistem politik dan sosial secara kekerasan. Kumpulan radikal ini berkait rapat dengan fanatisme. Radikalisme adalah perasaan dan tindakan yang bertujuan untuk mengubah dan mengantikan idea-idea sedia ada dengan idea-idea yang baru dan ia menggugat dan mempersoalkan satu pandangan yang sudah dianggap norma di dalam sesebuah institusi masyarakat.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Penglibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme di negara didapati agak membimbangkan ekoran 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 20 September 2016 melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun. Selain itu, PDRM juga melaporkan kes ekstrem yang berlaku di dalam negara pada Januari 2020 iaitu seramai 246 orang telah didakwa berkaitan kes keganasan di mahkamah dengan 199 daripada dijatuhi hukuman manakala 47 orang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) manakala seramai 36 orang telah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA). Data yang dikemukakan ini menunjukkan keseriusan masalah terorisme di negara ini khususnya dalam kalangan belia.
  1. Langkah menghentikan terorisme tidak memadai melalui pengenalpastian aktiviti terorisme semata tetapi turut perlu didahului dengan pencegahan. Menyedari hakikat terbabit, maka kerajaan telah memperkenalkan beberapa rang undang-undang yang berperanan menyekat pengaruh terorisme daripada terus berkembang. Antaranya ialah Akta Pencegahan Keganasan 2015 atau Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA) yang memperuntukkan pencegahan pelakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan melibatkan organisasi teroris yang tersenarai di negara Di samping itu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkenalkan sebagai satu langkah pencegahan dengan mengekang aktiviti keganasan daripada berlaku seterusnya mengekalkan ketenteraman awam. Justeru, akta yang diperkenalkan ini bersifat mencegah sesuatu tindakan terorisme sebelum ia berlaku.
  1. Seterusnya, Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme dalam Kalangan Masyarakat dalam usaha memberi pengetahuan, pendedahan dan panduan kepada semua mengenai ancaman gerakan berkenaan.
  1. Antara ciri-ciri belia yang mudah terpengaruh dengan fahaman radikalisme ini antaranya mempunyai nilai kendiri yang rendah, keagresifan yang tinggi, fahaman yang menyimpang tentang agama dan sifat narsistik yang tinggi.
  1. Justeru, penekanan kepada pengukuhan pegangan agama, peningkatan efikasi kendiri, daya tahan diri, asertif, jati diri, potensi, amalan kesederhanaan dan pemikiran matang adalah penting untuk mengekang kegiatan ganas di kalangan belia.

Hadirin sekalian,

  1. Saya difahamkan turut hadir bersama kita pada hari ini adalah pakar-pakar dalam topik yang akan dibincangkan dan dikupas bersama pada hari ini. Saya percaya, banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada belia terutama pelajar-pelajar berhubung langkah kawalan serta pencegahan keterlibatan golongan belia dalam fahaman pelampau/pengganas, usaha pemulihan yang dilaksanakan bagi pesalah yang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan   berkaitan   keganasan   dan   lain-lain   perkara   yang berkaitan.

 ASPIRASI/ HASRAT KPT

Hadiran yang dihormati,

  1. Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Negara merupakan tanggungjawab bersama dan bukan di bahu anggota keselamatan semata-mata. Keterlibatan anak-anak muda amat kritikal dalam mengarusperdanakan semangat MADANI dan memelihara keharmonian. Ini kerana belia hari ini merupakan warisan tunjang kepada pemimpin masa depan Negara.
  1. Justeru, saya akan memastikan program-program seumpama ini akan diteruskan lagi di tahun-tahun yang akan datang malah melibatkan skala yang lebih besar dan lebih menyeluruh di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya kolaborasi strategik antara kepakaran/ penyelidikan di IPT bersama agensi- agensi penguatkuasaan, keselamatan, pertahanan serta kawalan sempadan.
  1. Justeru, KPT amat berbesar hati sekiranya dilibatkan secara langsung dalam keanggotaan jawatankuasa atau taskforce di peringkat nasional bagi merangka dasar/ polisi, penggubalan akta, pindaan peraturan, pembangunan garis panduan malah dalam pembentukan modul berkaitan pencegahan, kawalan mahupun pemulihan daripada fahaman pelampau dan aktiviti radikalisme.
  1. Besar harapan KPT dengan penganjuran program seperti ini dapat mengukuh jati diri, membentuk sahsiah kendiri di samping dapat menerapkan nilai-nilai kerohanian dan insaniah di samping menyemai semarak patriotisme di kalangan belia terutama warga IPT.

 PENUTUP

  1. Justeru, tanpa ingin membuang masa lagi, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penganjuran seminar ini.
  1. Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan SEMINAR PENCEGAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME: CABARAN DI KALANGAN BELIA.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

18 November 2023
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Muat Turun:

pdf Teks Ucaptama YBTM Sempena Seminar Pencegahan Radikalisme Dan Ektremisme: Cabaran Di Kalangan Belia.pdf (171 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2062
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 15:09:51.