Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bilangan 3

English translation not available for this content.
1. Bagaimana dengan pelajar di Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke Semenanjung?

Bagi pelajar Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang masih berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) perlu KEKAL berada di premis tersebut dan TIDAK DIBENARKAN KEMBALI ke kampung halaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

2. Apakah tarikh peperiksaan pelajar bagi setiap Universiti?

UA dan IPTS akan memaklumkan jadual akademik yang telah dikemaskini kepada semua pelajar. Selaras dengan itu, tarikh peperiksaan akan diumumkan oleh IPT masing-masing.

3. iVeritas: Berkaitan yuran pengajian Master, sepatutnya duit ditolak terus dari KWSP, tetapi IPTS maklumkan masih ada outstanding.

Untuk aduan berkenaan IPTS, sila hubungi Bahagian Governan IPTS This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4. Adakah pelajar antarabangsa perlu melakukan saringan Covid-19 dan dikuarantin selepas tempoh PKP nanti?

Bagi pertanyaan berkenaan dengan pelajar antarabangsa, sila rujuk dengan Bahagian Education Malaysia seperti di Lampiran.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
7 APRIL 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 10531
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.