PARLIMEN - Kes penjualan sijil di IPTS

English translation not available for this content.

2025 05 26 parlimen 02

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan integriti dan pengiktirafan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Kes penjualan sijil di IPTS:

🔹KPT bertindak berdasarkan aduan yang diterima terus oleh KPT atau melalui saluran aduan dalam talian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

🔹IPTS juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aduan atau mengetahui kes penjualan sijil melibatkan institusinya.

Tindakan ke atas aduan seumpama ini boleh diambil berdasarkan Seksyen 76 dan Seksyen 77 Akta IPTS 1996 [Akta 555] di mana jika disabitkan kesalahan individu atau institusi yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM 200,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Sehingga kini, KPT tidak pernah menerima kes aduan yang melibatkan penjualan sijil Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang melibatkan IPTS di negara ini.

- YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan pada sesi Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas pada 25 Mei 2023.

  • Last updated on .
  • Hits: 2708
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 29 April 2024, 15:09:51.