Lawatan kerja ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan perasmian Mechatronics Robotic Technology Centre (MRTC)

English translation not available for this content.

YB Dato’ Dr. Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) hari ini.

Selepas sesi taklimat ringkas, YB Timbalan Menteri seterusnya di bawa melawat ke sekitar PTSB. YB Timbalan Menteri melihat beberapa projek inkubator antaranya ialah Projek Inkubator Penetasan Unggas yang mengintegrasikan Sistem Automasi Revolusi 4.0 untuk memindahkan telur dari Inkubator Pengeraman ke Inkubator Penetasan.

Seterusnya, YB Timbalan menteri di bawa melawat ke Inkubator Arduino yang menghasilkan Kit Robot Arduino yang berkonsepkan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) bagi menarik minat pelajar meneroka bidang robotik.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri telah merasmikan Mechatronics Robotic Technology Centre (MRTC). MRTC merupakan salah satu daripada 9 buah Center of Tecnology (COT) Politeknik Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan sebagai COT.

Sesi lawatan diakhiri dengan Majlis Apresiasi bersama 13 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PTSB dan YB Timbalan Menteri telah meyampaikan sijil penghargaan kepada semua pelajar yang terlibat.

Turut hadir sama ialah YBrs. Ts. Hj. Mohamad Amin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.

  • Last updated on .
  • Hits: 7166
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.