MoHE - Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 20 Universiti Awam

Broadcast

Ministry's latest announcement information
  • Home
  • Broadcast
  • Activities
  • Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 20 Universiti Awam

Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 20 Universiti Awam

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 20 Universiti Awam.

Penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi ini merupakan satu iltizam dan testimoni kesungguhan serta komitmen warga pengajian tinggi ke arah menyokong ekosistem kewangan yang lestari kepada UA.

Fokus pembangunan Konsortium ini adalah bagi membolehkan penjimatan dan keberkesanan kos langganan kepada sumber maklumat elektronik untuk jangka masa panjang. Pelaksanaan model konsortium ini juga bakal meluaskan akses kepada sumber maklumat elektronik untuk warga Politeknik Premier.

Majlis pada hari ini juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara 20 Universiti Awam bagi merealisasikan hasrat untuk memperkasakan pengurusan dan penawaran akses kepada sumber elektronik ilmiah.

Kolaborasi antara Universiti Awam ini bakal mengukuhkan prasarana maklumat ilmiah dalam format digital melalui pelbagai inisiatif termasuklah pembangunan kandungan ilmiah; pembangunan pelantar perkongsian sumber ilmiah digital, perkhidmatan yang inovatif dan pengukuhan kerjasama perpustakaan pada peringkat global.

Pada masa yang sama, perkhidmatan akademik dan limpahan manfaat kepada masyarakat dapat diperkukuhkan sejajar dengan gagasan pembelajaran sepanjang hayat.

KPT berharap inisiatif ini akan dapat meningkatkan pencapaian perkhidmatan pendidikan tinggi khususnya dari sudut keperluan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dalam persekitaran norma baharu dan juga untuk pembelajaran sepanjang hayat rakyat Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 1095

MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Friday 15 October 2021, 15:44:30.