MoHE - Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Broadcast

Ministry's latest announcement information
  • Home
  • Broadcast
  • Activities
  • Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini berkesempatan untuk meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beroperasi di Dewan Tuanku Canselor,USIM, PPV IPT ini mula dibuka pada 28 Jun yang lalu dan dijangka dapat memberikan sebanyak 1,500 dos suntikan vaksin COVID-19 sehari pada permulaannya sebelum dinaikkan kapasiti maksimum iaitu sebanyak 3,000 suntikan sehari mulai minggu berikutnya.

Di PPV ini juga, terdapat sehingga 30 ruang suntikan yang melibatkan 30 pegawai kesihatan yang bertugas pada satu-satu masa dengan purata suntikan 350 hingga 400 suntikan sejam.

Turut hadir Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

  • Last updated on .
  • Hits: 1714
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Wednesday 01 December 2021, 16:53:32.