Akademia Memacu Kesejahteraan Komuniti

Akademia Memacu Kesejahteraan Komuniti
English translation not available for this content.

Sambutan Hari Akademia Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM turut menyampaikan ucapan alu-aluan selalu tuan rumah bagi program ini.

Mulai tahun 2019, tarikh 5 Oktober telah dipilih sebagai Hari Akademia dan bulan Oktober pula telah diiktiraf sebagai Bulan Akademia bagi memberi peluang kepada para ahli akademik di IPT di seluruh negara meraikannya dengan pelbagai aktiviti dan program-program yang bermanfaat.

Pada tahun ini, 19 anggota akademik yang terdiri daripada 8 tokoh di Universiti Awam (UA) dan 11 tokoh di Politeknik dan Kolej Komuniti telah dianugerahkan Ikon Akademia Tahun 2022.
Sambutan kali ini turut diserikan dengan kehadiran dua orang panel Bicara Tuntas iaitu YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc, Pengarah Pengasas Institusi Kajian Etnik UKM dan YBrs. Dr. Rosdeen Suboh, pemenang Anugerah Akademik Negara Ke-14, Kategori Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan), Universiti Malaya (UM).
Hadir sama Naib-naib Canselor UA serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

  • Last updated on .
  • Hits: 3399
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.