Aktiviti Qiamullail Hidupkan Program Semarak Kampus Madani, Libatkan Kepimpinan Dan Warga KPT

Aktiviti Qiamullail Hidupkan Program Semarak Kampus Madani, Libatkan Kepimpinan Dan Warga KPT
English translation not available for this content.

Hari kedua Program Semarak Kampus MADANI di Zon Sarawak diserikan dengan aktiviti Qiamullail yang merupakan satu amalan sunat bangun malam dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Program yang berlangsung di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS ini turut disertai Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan warga KPT serta UNIMAS.

Aktiviti ibadah Qiamullail yang bermula jam 5.00 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat diikuti dengan solat Subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Pengarah PITAS, Prof. Dr. Abd Halim Busari.

Turut sama dalam acara ini ialah Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan kepimpinan tertinggi KPT dan UNIMAS. 

  • Last updated on .
  • Hits: 368
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.