Bengkel PTPTM 2022-2025 Pastikan Usaha Capai Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Negara

Bengkel PTPTM 2022-2025 Pastikan Usaha Capai Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTM) penting bagi mewujudkan proses, membina kapasiti dan menyelaraskan usaha sedia ada, dalam usaha mencapai kecemerlangan yang mampan untuk sistem pendidikan tinggi negara.

Bagi memantau dan memastikan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan dalam 10 Lonjakan yang telah dikenalpasti dalam PTPTM, maka Bengkel Penyelarasan PTPTM 2022-2025, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan selama tiga (3) hari, bertempat di Hotel Adya, Langkawi.

Bengkel ini memberi fokus dan penekanan ke atas memperkasakan mekanisme pemantauan dan penambahbaikan inisiatif serta program berimpak tinggi selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Bengkel turut disertai oleh dua (2) panel penceramah iaitu YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, yang juga merupakan Presiden Akademi Profesor Malaysia serta YBhg. Prof. Dr. Abd. Karim Alias, Felo Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kedua-dua panel ini juga terlibat secara langsung dalam pembangunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) 2015-2025.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, KPT telah berbesar hati merasmikan bengkel ini pada 6 Ogos 2023 yang lalu manakala Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT pada pagi ini.

Turut hadir dalam bengkel ini ialah Ketua-ketua Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPT serta para pegawai yang terlibat.

  • Last updated on .
  • Hits: 1907
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.