Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Yang Baharu

Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Yang Baharu
English translation not available for this content.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan surat lantikan kepada YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baharu bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2026.

YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan pernah menyandang beberapa jawatan pentadbiran di peringkat universiti awam, antaranya sebagai Pengarah Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini dan percaya UMK akan terus cemerlang sebagai universiti yang berteraskan keusahawanan di bawah kepimpinan beliau.

  • Last updated on .
  • Hits: 3465
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 18:30:35.