Geely Talent Development Group Berhasrat Bantu Malaysia Tingkatkan Sistem Pendidikan TVET

Geely Talent Development Group Berhasrat Bantu Malaysia Tingkatkan Sistem Pendidikan TVET
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Lu Dan, Presiden Geely Talent Development Group merangkap Presiden University of Sanya di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju sistem Pendidikan TVET Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan automotif serta memartabatkan lagi hubungan diplomatik pendidikan serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam sektor pendidikan tinggi. Turut dibincangkan ialah cadangan usaha Geely Talent Development Group untuk membantu institusi pendidikan politeknik dan kolej komuniti Malaysia dalam bidang automotif.

Hadir sama dalam sesi ini ialah YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong, Pengerusi dan Pengasas Niufu Consulting dan delegasi Geely Talent Development Group.

Turut hadir di pihak KPT pula ialah Puan Norsyidah Mat Saat @ Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Penyelidikan; Encik Husaini Amir Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); Puan Ts. Zainab Othman, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Encik Jonathan Lim Jiun Yenn, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT; serta Encik Jason Choy Min Sheng, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK.

  • Last updated on .
  • Hits: 1426
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.