Hasrat Malaysia - Sri Lanka Perkukuhkan Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Antara Dua Negara

Hasrat Malaysia - Sri Lanka Perkukuhkan Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Antara Dua Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Hon. M. Senthil Thondaman, Governor Eastern Province, Sri Lanka bersama delegasi di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Sri Lanka. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi termasuk aspek data enrolmen pelajar dan kemudahan visa pelajar sepanjang mengikuti pengajian di negara ini.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, H.E. Air Chief Marshal Sumangala Dias; Ahli Parlimen Tapah, YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1296
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 18 October 2024, 15:44:43.

sirim-logo