Kolej AMC Naik Taraf Kepada IPTS Bertaraf Kolej Universiti

Kolej AMC Naik Taraf Kepada IPTS Bertaraf Kolej Universiti
English translation not available for this content.

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Penubuhan Naik Taraf Kolej AMC (AMC College) kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Bertaraf Kolej Universiti.

Kolej yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini merupakan sebuah IPTS yang berdaftar di bawah KPT. Ia menawarkan pelbagai kursus dari peringkat Sijil hingga peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kolej AMC juga merupakan Pusat Serantau bagi Universiti Asia (AeU) yang menawarkan lebih 30 buah program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBrs. Encik Husaini Amir bAzizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, JPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1765
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.