Korea Selatan Intai Peluang Tingkat Kerjasama Strategik Dengan KPT

Korea Selatan Intai Peluang Tingkat Kerjasama Strategik Dengan KPT
English translation not available for this content.

Sesudah pertemuan dengan Duta Besar Jepun, YB Menteri terus menerima kunjung hormat TYT Yeo Seung-Bae, Duta Besar Republik Korea (Korea Selatan) ke Malaysia di pejabatnya pagi tadi.

Bersempena dengan sambutan ke-40 'Dasar Pandang ke Timur' antara Malaysia dan Korea Selatan tahun ini, pertemuan tersebut telah membincangkan peluang untuk meningkatkan kerjasama strategik kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi.

Korea Selatan turut meneroka peluang untuk menambah bilangan para siswazahnya di IPT Malaysia melalui program mobiliti dan pertukaran pelajar.

Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2031
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.