KPT Hargai Jasa Dan Sumbangan Para Pesara

KPT Hargai Jasa Dan Sumbangan Para Pesara
English translation not available for this content.

Pada pagi tadi juga, YBhg. Dato' Seri KSU telah bersama-sama warga kementerian menghadiri Perhimpunan Bulanan KPT November 2022 yang diadakan di Dewan Za'ba, KPT.

Beliau yang diiringi oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) telah meraikan serta menyampaikan surat penghargaan kepada 55 orang pesara warga KPT yang telah hadir ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan setinggi penghargaan atas sumbangan serta jasa para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama perhidmatan awam dan mengharapkan agar mereka dapat mengekalkan ukhuwah yang terbina sesama rakan sekerja yang lain.

Beliau juga mengingatkan para pesara yang hadir untuk terus menjaga kesihatan serta mengisi alam persaraan dengan rutin baharu yang bermanfaat.

Untuk tahun 2022 seramai 153 orang pesara telah menamatkan perkhidmatan mereka di KPT yang terdiri daripada 4 orang pesara dari Ibu Pejabat KPT, 10 orang pesara dari Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), 13 orang pesara dari Kolej Komuniti dan 126 orang pesara dari Politeknik.

  • Last updated on .
  • Hits: 3490
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.