KPT Sentiasa Prihatin Dan Tawar Pelbagai Inisiatif Ringankan Beban Peminjam PTPTN

KPT Sentiasa Prihatin Dan Tawar Pelbagai Inisiatif Ringankan Beban Peminjam PTPTN
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pagi ini ke Dewan Rakyat bagi menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), beliau telah menjawab soalan daripada YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal (Machang) berkenaan Program Pemansuhan Hutang PTPTN bersasar khusus kepada golongan miskin serta isi rumah B40.

Menurut beliau, kerajaan masih belum bercadang untuk memansuhkan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 yang akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan nilai pelupusan berjumlah RM 42.34 bilion.

Namun, KPT sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan para peminjam dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan; penjadualan semula bayaran balik mengikut kemampuan; pemberian diskaun bayaran balik; dan tempoh penangguhan selama 12 bulan selepas graduasi bagi memberi peluang kepada para peminjam memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik.

Hadir sama YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 2830
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.