KPT Terus Proaktif Pastikan IPT Tawar Program Pengajian Terkini

KPT Terus Proaktif Pastikan IPT Tawar Program Pengajian Terkini
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah proaktif secara berterusan dalam memastikan IPT awam dan swasta berupaya menambah baik serta menawarkan program pengajian yang terkini agar selaras dengan keperluan semasa pihak industri.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengulas hal yang demikian dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Antara langkah-langkah pelaksanaan yang diambil oleh KPT adalah semakan semula kurikulum; saringan awal program akademik baharu yang ketat; memperkenalkan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (FRC); memperkukuhkan inisiatif sedia ada seperti program pengajian mod 2U2I (2 tahun di universiti dan 2 tahun di industri); serta membangunkan projek-projek 4IR Flagships bersifat multidisiplin khusus.

Selain itu, KPT melalui MQA turut menyediakan ruang untuk IPT membuat perubahan kurikulum agar terkini dengan perubahan semasa sehingga 30% secara dalaman tanpa melalui penilaian semula; serta memperkenalkan Kerangka Penawaran Program dengan menggabungkan dua atau tiga bidang dalam usaha menyokong elemen transdisiplin dalam Higher Education 4.0.

Malah, KPT turut memberi fleksibiliti kepada bagi IPTS untuk membangunkan kurikulum baharu atau menambah baik yang sedia ada bersama pihak industri bagi agar pengalaman pembelajaran dapat lebih diperkaya, di samping memenuhi keperluan industri dan teknologi semasa.

Foto kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

  • Last updated on .
  • Hits: 3447
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 03 May 2024, 17:19:48.