KSU Terima Resolusi Pengutuhan Prinsip Integriti di Universiti Awam

KSU Terima Resolusi Pengutuhan Prinsip Integriti di Universiti Awam
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menerima resolusi pengutuhan fungsi integriti Universiti Awam ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Governan dan Fungsi Teras Unit Integriti Universiti Awam di sini petang tadi.

Resolusi tersebut merupakan susulan kepada sesi bengkel anjuran Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) yang telah diadakan tahun lalu melibatkan 32 orang ahli dari UA, JPT dan KPT.

Melalui resolusi tersebut, MPIUA telah mencadangkan beberapa usul yang perlu dilaksana dan dikuatkuasakan bagi menangani cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh Unit Integriti dalam mengurus dan melaksanakan semua fungsi integriti di UA.

Menurut YBhg. Dato' Seri KSU, Unit Integriti boleh diibaratkan seperti mata-mata yang menjaga akauntabiliti sesebuah organisasi sepenting dan sebesar KPT.

Tambah beliau, resolusi yang diterimanya itu adalah selaras dengan azam YB Menteri Pendidikan Tinggi iaitu menjadikan KPT sebuah kementerian yang paling dipercayai dan dihormati dengan dicirikan keyakinan, kecekapan, amalan yang bersih serta subur dengan amanah dan integriti.

Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBrs. Encik Norhushaffiz Hussin, Ketua Unit Integriti KPT dan YBrs. Puan Nor Aishah Samah, Pengerusi MPIUA.

  • Last updated on .
  • Hits: 2825
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:08:40.