Kunjungan Hormat MACEE; Usaha Memperkasa Kerjasama Dua Hala Malaysia-Amerika Syarikat Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Kunjungan Hormat MACEE; Usaha Memperkasa Kerjasama Dua Hala Malaysia-Amerika Syarikat Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat Mr. Curtis Johnson, Pengarah Eksekutif Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) petang ini di Parlimen.

Pertemuan dua hala ini merupakan pertemuan julung kali diadakan oleh kedua-dua pihak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai rancangan mengadakan Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama semua Naib Canselor Universiti. Program ini adalah lanjutan daripada hasil pemeteraian 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan (Universiti Awam dan Swasta) dengan MACEE.

Selain itu, pihak MACEE juga telah menyatakan hasrat untuk memperbaharui Perjanjian Binasional antara KPT dan MACEE yang akan tamat pada tahun 2025.

YB Menteri juga turut menyambut baik hasrat ini dan menggalakkan lebih banyak program mobiliti, pertukaran pelajar dan penyelidikan.

Beliau juga memohon pihak Amerika Syarikat berganding bahu bersama-sama dengan Malaysia untuk membantu negara-negara ‘post-war’ seperti Afghanistan, Iraq dan Libya dari segi pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi.

Turut sama dalam sesi ini ialah YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha; YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); dan YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 542
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.