Kunjungan Hormat Menteri Pendidikan China Bincang Landskap Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Antara Dua Negara

Kunjungan Hormat Menteri Pendidikan China Bincang Landskap Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Antara Dua Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Huai Jinpeng, Menteri Pendidikan Republik Rakyat China bersama delegasinya di Putrajaya.

Dalam pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai landskap dan hala tuju pendidikan tinggi kedua-dua negara serta potensi kerjasama dan peluang yang ada terutamanya dalam aspek TVET, kolaborasi industri dan sosio budaya.

Selain itu, turut disentuh ialah mengenai kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam sektor seperti kecerdasan buatan (AI), mikrocip, automotif, teknologi hijau dan teknologi digital.

Kedua-dua pemimpin berpendapat bahawa kerjasama dalam sektor penyelidikan ini boleh dipertingkatkan lagi melalui penubuhan satu pusat penyelidikan di peringkat nasional di antara dua negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 427
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.