Lawatan kerja YB Menteri Pengajian Tinggi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

English translation not available for this content.

Lawatan kerja YB Menteri Pengajian Tinggi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini dimulakan dengan tertumpu di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTj) pertama di UMT bagi program HICoE (2012-2021).

YB Menteri juga sempat melawat Hatcheri AKUATROP dan menandatangani plak tahniah kepada UMT atas penarafan baharu sebagai HICoE dalam bidang “Future Food: Sustainable Shellfish Aquaculture”.

YB Menteri turut berpeluang melancarkan buku “Universiti Malaysia Terengganu Prihatin: Mengharungi Cabaran PandemikCOVID-19 (18 Mac – 31 Mei 2020)” dan "Perjuangan yang Belum Selesai: Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMT Mendepani Cabaran COVID-19” serta buku “Strengthening Government-University-Industry and Community Collaboration”.

Selain pelancaran buku, YB Menteri turut menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum of Understanding (MoU) antara UMT dan Sina Resources Sdn Bhd bagi pengkomersialan Mannheimia Haemolytica Intranasal Spray Vaccine (KustemVax) yang diadakan di Auditorium INOS, UMT.

KustemVax merupakan hasil inovasi yang dibangunkan oleh Penyelidik UMT, Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM).

Turut hadir, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 6419
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.