Lawatan Rasmi YBM ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi melakukan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Lawatan sulung beliau dimulai dengan sesi ramah mesra bersama pelajar dan pengurusan tertinggi universiti di Kolej Cempaka, salah sebuah kolej kediaman UNIMAS.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri telah diberi taklimat oleh Prof. Datu Mohd Fadzil Abd Rahman, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) mengenai proses kemasukan pelajar serta tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pihak pengurusan COVID-19 UNIMAS yang dilaksanakan di kampus.

Turut hadir Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Prof Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

  • Last updated on .
  • Hits: 7060
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.