LIMA'23: 4 Projek UMT Tumpu Perkasakan Ekosistem Maritim Dan Logistik Negara

LIMA'23: 4 Projek UMT Tumpu Perkasakan Ekosistem Maritim Dan Logistik Negara
English translation not available for this content.

Petang tadi, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew Fok dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Persetujuan (MoA) melibatkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diwakili oleh Naib Canselornya, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar dengan agensi dan industri berkaitan Kementerian masing-masing.

Satu (1) projek dengan nilai RM3.1 juta telah dimeterai melibatkan tiga (3) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu MSET Inflatable Composit Corporation (MSETIC), Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Agensi Angkasa Malaysia (MySA) bagi merekabentuk dan membangunkan prototaip bot nelayan moden yang akan membantu meningkatkan pendapatan serta taraf sosio-ekonomi mereka.

Di bawah skop Kementerian Pengangkutan (MOT), dua projek bersama industri iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. turut dimeterai bagi memperkasa pembangunan bakat dalam bidang logistik dan maritim, di samping meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan, akademik, pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran.

Manakala satu (1) lagi projek bersama Holistic Lab Sdn. Bhd. akan memberikan peluang kepada UMT untuk membangunkan program dan latihan pensijilan halal yang akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada kedua-dua belah pihak, bahkan juga kepada sinergi sektor pengangkutan, logistik dan rangkaian bekalan di seluruh negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 1767
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.