Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 @KPT

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 @KPT
English translation not available for this content.

Bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Pusat Sumber dengan kerjasama Kelab KPT telah melaksanakan program ‘JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2023 @KPT’ pada 18 Mei 2023 yang lalu bagi menggalakkan pembacaan, penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta.

Program ini juga sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempromosikan budaya membaca yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

“Baca Bina Insan” telah dipilih sebagai tema pada tahun ini untuk memperkukuhkan gelombang gerakan membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya warga KPT.

Antara pengisian program yang telah berlangsung adalah perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Dr. Malar Santhi A/P Santherasegapan, pempengaruh media sosial dan juga Pegawai Perubatan dari Columbia Asia Hospital. Turut diadakan ialah sesi bacaan serentak warga KPT secara beramai-ramai.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Encik Fazli Said, Setiausaha Bahagian, BKP KPT dan Encik Mohd. Johari Md Nordin, Pengarah BKP, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

  • Last updated on .
  • Hits: 8243
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 10 October 2024, 10:29:19.

sirim-logo