Majlis Penganugerahan Sijil Program Penjana Semula Ekonomi Negara Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) di Royal Lake Club, Taman Tasek Perdana Kuala Lumpur

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan Sijil Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA KPT- CAP) kepada 120 orang peserta yang telah berjaya menamatkan program PENJANA KPT-CAP di dalam Majlis Penganugerahan Sijil Program Penjana Semula Ekonomi Negara Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) di Royal Lake Club, Taman Tasek Perdana Kuala Lumpur.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan program Penjana KPT-CAP Career Advancement Programme atau Program Peningkatan Kerjaya dengan memberi fokus dalam menangani isu graduan menganggur pada September yang lalu. Program ini berkonsepkan “Train & Place” yang direka mengikut keperluan industri pekerjaan semasa.

Dana sebanyak RM100 juta diperuntukkan sebagai usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan belia negara.

Melalui inisiatif Penjana KPT-CAP ini, program reskilling dan upskilling akan dilaksanakan sebagai usaha membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehan bagi melahirkan graduan berketrampilan untuk memenuhi pasaran kerja bersesuaian.

Turut hadir ialah YAM Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi General Assembly Malaysia, YBhg. Prof. Ts. Dr Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, Timb. Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini B. Omar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi dan General Assembly Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 9348
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 18:41:18.