Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian (BAP)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah hadir di Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian (BAP) kepada IPTA di Bank Rakyat, semalam. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Wan 10 Desember 2020, Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sejumlah 3,150 pelajar baharu dalam kalangan keluarga B40 telah dikenal pasti daripada tiga belas universiti awam bakal menerima RM1,000.00 seorang secara one-off daripada Yayasan Bank Rakyat.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, seramai 5,309 pelajar telah menerima bantuan ini dengan jumlah penajaan sehingga RM6.24 juta.
Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya untuk membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bagi semester pertama.

Turut hadir pada program ini ialah YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeDAC), serta pegawai-pegawai kanan daripada KPT, MeDAC dan Bank Rakyat.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
  • Last updated on .
  • Hits: 7635
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 18:41:18.