南京林业大学 Malaysia – China Terokai Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi

南京林业大学 Malaysia – China Terokai Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar , Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Qiang Yong, Presiden Nanjing Forestry University (NJFU) di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik pendidikan serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam sektor pendidikan tinggi. Turut dibincangkan ialah usaha mempromosikan sistem pendidikan tinggi China kepada pelajar-pelajar Malaysia.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi dan Pengerusi Niufu Consulting YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT; YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Akademik dan Penyelidikan), Pegawai-pegawai Kanan KPT serta delegasi NJFU.

  • Last updated on .
  • Hits: 1183
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.