Malaysia - Finland Kukuhkan Kerjasama Pendidikan Tinggi Rai 50 Tahun Hubungan Diplomatik

Malaysia - Finland Kukuhkan Kerjasama Pendidikan Tinggi Rai 50 Tahun Hubungan Diplomatik
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat TYT Sami Leino, Duta Besar Finland ke Malaysia di pejabatnya pagi tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam sektor pendidikan tinggi. Turut dibincangkan perancangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman dalam bidang Pendidikan Tinggi antara dua negara bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Finland.

Dalam pertemuan itu, universiti-universiti Malaysia akan meneroka peluang kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di Finland.

Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Encik Khairil Azwan Abu Mansor, wakil Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1681
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.