Malaysia – Indonesia, Kerjasama Erat Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Negara

Malaysia – Indonesia, Kerjasama Erat Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

Sektor pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia memacu era baharu bagi kerjasama antara kedua-kedua buah negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui agensi dan universiti di Malaysia telah melaksanakan pertukaran empat (4) MoA, lima (5) MoU, dan satu (1) MoC dengan agensi dan universiti di Indonesia. Sesi ini disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada pagi ini.

Fokus utama MoA, MoU dan MoC ini adalah kolaborasi dalam sektor pendidikan khususnya dalam bidang perubatan, sains dan teknologi. Bidang pembangunan penyelidikan dan inovasi bukan sahaja akan memberi impak kepada institusi pendidikan tinggi di Malaysia malah bakal memberi manfaat kepada para pelajar di kedua-dua buah negara.

Sesi ini juga merupakan salah satu program utama dalam rangka lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Indonesia yang bermula pada 16 Julai - 18 Julai 2023.

Kerjasama kedua-dua buah negara melalui pertukaran ini dijangka akan membawa hasil anggaran dana penyelidikan dalam bidang sains dan tenaga berjumlah lebih RM10 juta.

KPT yakin hubungan baik antara kedua-dua buah negara, persamaan bahasa dan budaya, pembiayaan pendidikan yang berpatutan serta kualiti pendidikan universiti adalah antara kelebihan Malaysia yang terus menjadi destinasi pilihan utama para pelajar Indonesia untuk menyambung pengajian.

Kredit Foto: Purnomo Yusgiantoro Center (PYC)

  • Last updated on .
  • Hits: 1900
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.