Malaysia – Republik Czech Terokai Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi

Malaysia – Republik Czech Terokai Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada TYT Prof. Jaroslav Miller, Timbalan Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan serta TYT Mr. Juraj Koudelka, Duta Besar Republik Czech ke Malaysia yang mewakili Republik Czech di pejabat beliau hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai pelbagai perkara bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, khususnya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta program mobiliti dan ‘edutourism’.

Keterlibatan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari kedua-dua negara dilihat sangat penting dalam membantu memperkukuhkan lagi hubungan bilateral dalam bidang pendidikan tinggi antara keduanya. Dengan adanya kolaborasi ini, Malaysia dan Republik Czech dapat membangunkan modal insan yang lebih berkualiti dan meningkatkan inovasi melalui penyelidikan bersama.

Pertemuan ini juga tidak hanya mencipta peluang baharu untuk pertukaran ilmu dan pengalaman di antara kedua-dua negara, tetapi juga memperkukuhkan hubungan diplomatik.

Kejayaan pertemuan ini juga diharapkan akan menjadi landasan untuk lebih banyak kerjasama pada masa hadapan serta membawa manfaat positif kepada perkembangan pendidikan tinggi di kedua-dua negara.

Turut hadir sama ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

  • Last updated on .
  • Hits: 961
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.