MALAYSIA-US Sambut 60 Tahun Kerjasama Pendidikan Tinggi Fulbright Malaysia

MALAYSIA-US Sambut 60 Tahun Kerjasama Pendidikan Tinggi Fulbright Malaysia
English translation not available for this content.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan TInggi telah menyempurnakan majlis sambutan ulang tahun ke-60 Fulbright Malaysia-Suruhanjaya Pertukaran Pelajar Amerika Malaysia (MACEE) di sini pagi tadi.

Semenjak tahun 1963, MACEE telah memainkan peranan penting dalam melaksana dan menyelaras pelbagai projek pendidikan tinggi terutamanya pertukaran pelajar antara kedua-dua negara di bawah program Fulbright Malaysia.

Sehingga kini, program ini telah melahirkan lebih 3000 orang alumni yang terdiri daripada pemimpin negara, tokoh masyarakat, ahli akademia dan pakar dalam pelbagai bidang dari kedua-dua negara.

Selain peluang pengajian di universiti tersohor, program ini turut memberi manfaat kepada para alumninya untuk menimba pelbagai pengalaman baharu melibatkan program kebudayaan, jaringan kepakaran serta jalinan strategik.

Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada program kerjasama pendidikan tinggi seperti ini yang dapat menjayakan hasrat murni kedua-dua kerajaan dalam usaha mengukuhkan kesefahaman serta meningkatkan lagi bilangan pertukaran pelajar setiap tahun mendatang demi kemajuan serta pembangunan masyarakat, ujar YB Timbalan Menteri.

Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, TKSU (Dasar) KPT, TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar AS ke Malaysia, dan Encik Curtis Johnson, Pengarah Eksekutif MACEE.

  • Last updated on .
  • Hits: 2845
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.