Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2024 Untuk KPT

Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2024 Untuk KPT
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hadir ke Dewan Rakyat hari ini untuk membuat Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Seramai 21 orang ahli Dewan Rakyat telah membahaskan isu serta mengusulkan cadangan masing-masing seputar sektor pendidikan tinggi negara.

Antaranya ialah berkaitan kebolehpasaran graduan; pemerkasaan Kolej Komuniti dan ekosistem TVET negara; kedudukan (ranking) Institusi Pendidikan Tinggi (IPT); serta tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas IPT swasta yang melanggar akta MQA.

Turut didebatkan berkenaan peruntukan program biasiswa di bawah KPT; bilangan graduan PhD; aplikasi UPU Online; inklusiviti mahasiswa; serta peranan Hospital Pengajar Universiti (HPU).

Sebelum itu, YB Menteri telah turut membentangkan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 2023) untuk bacaan kali pertama di sidang lain pagi tadi.

Kredit foto : Jabatan Penerangan Malaysia

  • Last updated on .
  • Hits: 926
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.