Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Sri Roland Sagah, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak serta delegasinya bagi membincangkan usaha sama dalam memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat melalui sektor pendidikan tinggi. Selain itu, kunjungan ini juga untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara keduanya.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan ruang kerjasama dan cadangan penambahbaikan serta cabaran yang dihadapi.

Di akhir pertemuan, YB Menteri turut menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membangun dan melahirkan bakat serta inovasi termasuklah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan pendidikan percuma di peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri untuk anak jati Sarawak.

  • Last updated on .
  • Hits: 1879
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.