Menteri Pendidikan Tinggi Dan Timbalan Hadir Ke Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI

Menteri Pendidikan Tinggi Dan Timbalan Hadir Ke Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah hadir ke Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI di sini malam tadi.

Lebih 5 ribu orang yang hadir bersama barisan Menteri Kabinet telah menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah diketuai oleh Imam Masjid Negara.

Majlis turut diisi dengan solat sunat hajat berjemaah dan bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi rejim Zionis.

Pada kesempatan tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan amanat dan harapan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau, serta sedikit bingkisan mengenai perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin untuk renungan semua yang hadir.

  • Last updated on .
  • Hits: 630
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.