Menteri Rasmi UiTM Kampus Pasir Gudang

Menteri Rasmi UiTM Kampus Pasir Gudang
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini telah menyempurnakan majlis perasmian kampus baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor di Pasir Gudang.

Kampus Pasir Gudang telah mula beroperasi sejak 1 Mei 2014 berfokuskan kepada dua bidang akademik utama iaitu Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan).

Jelas beliau dalam ucapannya, lokasi kampus yang berada di Bandaraya Pasir Gudang iaitu Bandar Industri dan Pelabuhan merupakan antara nadi utama perkembangan industri di negeri Johor perlu digunakan sebaik mungkin oleh warga bagi pembangunan professional dan akademik.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyaksikan pemeteraian dua (2) Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM melibatkan rakan strategik akademik dan industrinya iaitu University of Southampton Malaysia (UoSM) dan redONENetwork Sdn.Bhd.

MoU ini memfokuskan kepada kolaborasi akademik seperti penganjuran syarahan pelawat untuk pembangunan pelajar dan penyelidikan, pengukuhan teknologi serta aplikasi pembelajaran dalam talian termasuk penyediaan bakat dan latihan professional. Ia bagi menyediakan modal insan yang berdaya saing, professional dan berkualiti seiring keperluan industri tempatan dan global.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang menjalankan tugas Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YB Cik Norlizah Noh; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros; serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM yang menjalankan fungsi Naib Canselor, YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman.

  • Last updated on .
  • Hits: 1441
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.