Menteri, Timbalan Menteri Dan KSU KPT Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Negeri Kedah Bersama YAB Perdana Menteri

Menteri, Timbalan Menteri Dan KSU KPT Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Negeri Kedah Bersama YAB Perdana Menteri
English translation not available for this content.

Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri dirasai dengan kehadiran ribuan rakyat negeri Kedah di Hotel Raia.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri serta Anggota Jemaah Menteri telah menyantuni rumah terbuka ini dan beramah mesra dengan jemputan.

Turut perkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah, diiringi Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal; Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar; dan YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Tidak ketinggalan juga, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan yang turut hadir ke majlis rumah terbuka tersebut yang bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 2 petang.

  • Last updated on .
  • Hits: 1837
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.