Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Daripada Warga KPT

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Daripada Warga KPT
English translation not available for this content.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Sembah tahniah juga dirafakkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Timbalannya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud; serta pengurusan tertinggi KPT telah menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara.

Seluruh warga KPT dan rakyat jelata mendoakan Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Pemerintahan Seri Paduka Tuanku beroleh keberkatan dan senantiasa dalam keadaan aman dan makmur.

Daulat Tuanku!

Dirgahayu Tuanku! 

  • Last updated on .
  • Hits: 357
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 April 2024, 23:06:49.