Pelajar Malaysia Di Jerman Diseru Bukti Keterlihatan Kecemerlangan Pendidikan Malaysia

Pelajar Malaysia Di Jerman Diseru Bukti Keterlihatan Kecemerlangan Pendidikan Malaysia
English translation not available for this content.

Sementara di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jerman semalam, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar yang diriingi oleh PYT Dr. Adina Kamarudin telah meluangkan masa untuk beramah mesra dengan 72 orang pelajar tajaan JPA dan MARA yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.

Pesan beliau, keterlihatan para pelajar Malaysia di situ selayaknya dibuktikan dengan menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik serta semangat bersaing yang tinggi yang berhasil membawa nama negara ke arah kecemerlangan.

Berjauhan daripada keluarga dan sahabat di rantau orang, mereka turut dinasihati untuk terus menjaga kesihatan diri dan minda masing-masing bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau dirundung kemurungan.

Mereka turut digalakkan untuk memanfaatkan hubungan setia kawan yang terbina di sini dengan membina jaringan (networking) yang dapat membantu dalam pembangunan kerjaya dan masa hadapan masing-masing kelak.

  • Last updated on .
  • Hits: 1766
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 03 May 2024, 17:19:48.